Zulin Aziz Umum Sudah Bercerai Pada 18 Disember Lalu

Hiburan

Zulin Aziz Umum Sudah Bercerai Pada 18 Disember Lalu

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz mendedahkan dirinya kini sudah bergelar ibu tunggal selepas sah bercerai dengan bekas suami, Farhan Norzaini pada 18 Disember tahun lalu.

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, dia memilih untuk tidak mengumumkan perkara tersebut sehingga tamat tempoh idah yang selesai hari ini.

Advertisement

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.

“Tetapi saya tahu lambat laun saya perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas mengenai punca perceraian, Zulin enggan mendedahkan sebab sebenar dan menyifatkan ia sebagai urusan peribadi.

Zulin Aziz

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.”

“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.”

“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” jelasnya.

Untuk rekod, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022 dan tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

isteri fizo omar
2026-02-16 12:42:30

Fizo Omar Didakwa Culas Beri Nafkah Dan Abai Tanggungjawab, Isteri Tampil Bersuara - "Menyakitkan Hati"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...