Pelakon Rita Rudaini tampil bersuara susulan dakwaan seorang netizen yang mendakwa beliau antara individu yang ‘kecoh’ berhubung isu kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau Muafakat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang netizen menulis bahawa kekecohan yang berlaku didakwa berpunca daripada kumpulan ibu bapa yang tewas dalam pemilihan Muafakat.

Tidak berdiam diri, Rita membalas kenyataan berkenaan dengan menegaskan kepentingan menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum disebarkan kepada umum.
“Allahu, terima kasih banyak-banyak encik dan juga kepada penyampai. Biar Allah saja yang tahu kebenaran. Terima kasih kerana bagi pengajaran kepada saya jugak. ‘Benda yang kita tak tahu sahih atau tidak, jangan dikongsi’. Semoga Encik dan penyampai itu dirahmati Allah,” respon Rita menerusi Threads.
Hantaran balas Rita itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan tuduhan terhadap pelakon berkenaan. Malah, ada yang berpendapat individu terbabit terlalu mencampuri urusan tanpa mengetahui keadaan sebenar.
“Sibuk nak mencelah kalahkan ahli mesyuarat tingkap. Rita Rudaini takkan berbunyi kalau bendanya betul. Kalau betul dia akan puji dan appreciate. Dia bersuara pun untuk ibu bapa lain. PIBG ke, Muafakat ke, bertoleransilah. Bukan semua mampu. Yang baik, ibu bapa pasti sokong selagi tak membebankan,” antara reaksi netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
