Konsert Ibu Mentua Dianggap ‘Boring’, Izara Aishah Beri Respon – “Stadium Penuh 67,000 Orang Berbanding..”

Hiburan

Konsert Ibu Mentua Dianggap ‘Boring’, Izara Aishah Beri Respon – “Stadium Penuh 67,000 Orang Berbanding..”

Isu konsert yang dilabel sebagai “boring concert” tiba-tiba menjadi perbualan hangat netizen selepas satu perkongsian oleh Izara Aishah di platform Threads mencuri perhatian ramai.

Dalam posting berkenaan, Izara menulis:

Advertisement

Izara Aishah

“Persembahan Mak Iti yang berjaya dengan stadium penuh 67,000 orang dianggap ‘membosankan’ berbanding konsertnya yang gagal yang tiada siapa pun bercakap mengenainya.”

Sekali imbas, kenyataan itu dilihat pedas dan menyentuh isu sensitif. Namun, Izara tidak menyebut secara jelas siapa individu atau artis yang dimaksudkan. Walau begitu, netizen pantas membuat pelbagai andaian dan melontarkan reaksi masing-masing di ruangan komen.

Antara komen yang mencuri tumpuan termasuk:

“His failed concert with his SPEAKER SEKOLAH”

Selain itu, ada juga netizen yang tampil mempertahankan konsert berkenaan dengan menyifatkannya sebagai pengalaman bermakna dan penuh nostalgia.

“Funny how a ‘boring’ concert still filled a stadium and gave people memories they’ll keep forever. For me, it was a childhood throwback, simple, nostalgic, and honestly… perfect!”

Sebelum ini, beberapa peminat meluahkan rasa terkilan apabila terdapat pihak yang memuat naik kritikan mendakwa konsert tersebut sama seperti penganjuran sebelum ini serta konsep yang ditampilkan dianggap membosankan.

Namun begitu, sehingga kini, isu berkenaan masih kekal samar. Tiada sebarang kenyataan rasmi yang menyebut nama mana-mana artis secara langsung, termasuk konsert melibatkan Siti Nurhaliza.

Dalam masa sama, ada netizen berpendapat perkongsian oleh Iman Tang yang dibuat sejurus selepas konsert berakhir mungkin sekadar kebetulan. Tidak kurang juga yang beranggapan peminat terlalu “triggered” sehingga gagal menilai situasi secara objektif.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-15 10:23:31

Tular Video Bergaduh Dengan Uqasha Di TikTok, Kamal Adli Buka Mulut - "Bod*hlah Macam Ni.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...