Buat Operasi ‘Tour’ Northern Lights Secara Haram, Norway Usir 7 Rakyat Malaysia

Travel

Buat Operasi ‘Tour’ Northern Lights Secara Haram, Norway Usir 7 Rakyat Malaysia

Industri pelancongan berasaskan fenomena cahaya kutub atau Northern Lights di utara Norway kini berkembang pesat dan menjadi tarikan utama pelancong antarabangsa. Namun, pertumbuhan ini turut membuka ruang kepada aktiviti pengendalian pelancongan secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sejak September tahun lalu, seramai 12 warga asing membabitkan rakyat Malaysia dan China telah dikenakan tindakan pengusiran keluar (deportasi) dari Norway selepas didapati menjalankan perkhidmatan membawa pelancong tanpa permit kerja yang sah.

Advertisement

Northern lights

Menurut laporan media rasmi Norway, NRK, sepanjang musim Northern Lights setakat ini, tujuh warga Malaysia dan tiga warga China telah diusir dari wilayah Nordland, manakala dua lagi warga China dikenakan tindakan sama di wilayah Troms.

Selain diusir, individu terlibat turut dikenakan denda tinggi sehingga 60,000 kroner, bersamaan kira-kira RM25,000. Pihak berkuasa juga merampas wang hasil keuntungan haram yang diperoleh daripada aktiviti berkenaan.

Isu ini dilihat semakin serius memandangkan nilai kewangan yang terlibat sangat besar. Kos satu pakej lengkap safari Northern Lights yang merangkumi penginapan dan kenderaan boleh mencecah lebih 100,000 kroner, iaitu sekitar RM42,000.

northern lights

Menurut pihak polis dan Pusat Jenayah Pekerjaan (A-krim), modus operandi pengusaha haram ini agak mudah. Mereka hanya menyediakan kenderaan bersaiz besar seperti SUV serta pemandu sebelum menawarkan pakej safari Northern Lights secara tidak sah kepada pelancong.

Kebanyakan aktiviti ini dijalankan melalui kumpulan tertutup di media sosial, dengan pengusaha menyewa penginapan jenis rorbu (kabin nelayan) dan mengambil pelancong terus dari jalanan, khususnya di kawasan Tromsø, Lofoten dan Ofoten.

Hasil pemeriksaan pihak berkuasa mendapati lebih separuh daripada operator yang diperiksa telah melanggar pelbagai undang-undang berkaitan pekerjaan dan percukaian. Mereka juga dikesan memasuki Norway menggunakan kereta sewa dari sempadan Sweden dan Finland.

Sebagai langkah penguatkuasaan tegas, semua individu yang diusir akan disenaraihitamkan dan dilarang memasuki Norway serta seluruh kawasan Schengen Area dan Kesatuan Eropah (EU) untuk tempoh dua tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-01-05 14:33:53

Dipenuhi 'Bule', Kerajaan Wilayah Bali Bakal Semak Akaun Bank Pelancong Mulai Tahun 2026

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NRK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...