UPSR & PT3 Bakal Dikembalikan, Fadhlina Sidek Mohon Masa Kaji Perlaksanaan

Berita

UPSR & PT3 Bakal Dikembalikan, Fadhlina Sidek Mohon Masa Kaji Perlaksanaan

Perdebatan mengenai pemansuhan ujian besar seperti UPSR (Ujian Pencapaian Sekolah Rendah) dan PT3 (Pentaksiran Tingkatan Tiga) kembali menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat, khususnya ibu bapa.

Sejak beberapa hari lalu, isu tersebut dibangkitkan semula di media sosial apabila ramai penjaga mendesak agar peperiksaan besar melibatkan pelajar Tahun Enam dan Tingkatan Tiga itu dikembalikan. Mereka berpendapat setiap peringkat pendidikan memerlukan penilaian tersendiri dan tidak wajar hanya bergantung kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Advertisement

Untuk rekod, kedua-dua peperiksaan tersebut telah dimansuhkan masing-masing pada tahun 2021 dan 2022. Keputusan itu dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan ketika itu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, dan digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Pandangan sama turut disuarakan beberapa tokoh awam termasuk pelakon tempatan, Nad Zainal, yang menyokong cadangan mengembalikan semula UPSR.

KPM Mohon Masa Selidik Cadangan

Sementara itu, pada 12 Januari lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, memohon orang ramai memberi masa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjalankan kajian menyeluruh berhubung cadangan mengembalikan semula peperiksaan UPSR dan PT3.

upsr pt3

Menurut beliau, laporan awal berkaitan perkara tersebut sedang dikumpulkan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

“Beri kami sedikit masa kerana seperti yang saya katakan, kita sedang mengkaji dan mandat itu telah pun saya serahkan kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).”

“Di peringkat KPM, kita sudah mempunyai pandangan-pandangan awal dan kita akan membuat kajian menyeluruh sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan selanjutnya. Jadi, beri kami masa,” ulas beliau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mydigital id imigresen
2026-01-09 11:04:58

Bermula 15 Januari, Semua Rakyat Malaysia Diwajibkan Guna MyDigital ID Untuk Pemeriksaan Imigresen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Malay Mail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...