Kisah melibatkan bekas isteri penyanyi Indonesia Virgoun, iaitu Inara Rusli, bersama rakan perniagaannya Insanul Fahmi terus menjadi perhatian umum.
Menurut laporan media Indonesia, aduan yang dibuat oleh Inara Rusli berhubung dakwaan akses tidak sah terhadap rakaman CCTV di rumahnya kini masih dalam proses siasatan oleh Bareskrim Polri.
Individu yang disyaki terlibat dalam perbuatan tersebut dipercayai merupakan orang terdekat yang bekerja di rumah Inara. Rakaman CCTV berkenaan menjadi tumpuan selepas ia didakwa digunakan sebagai bahan bukti oleh Wardatina Mawa, isteri kepada Insanul Fahmi.
Difahamkan, rakaman CCTV itu didakwa berdurasi sehingga dua jam. Namun dakwaan tersebut dinafikan oleh peguam Inara Rusli, Deddy DJ.
“Dua minit, bukan dua jam. Rakaman CCTV itu diambil oleh orang terdekat Inara dengan cara menceroboh sistem dan ia bukan rakaman asal.
“Perbuatan itu pasti dikenakan pertuduhan kerana rakaman tersebut seolah-olah dianggap autentik. Itulah yang dilaporkan oleh Inara,” katanya kepada media pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Deddy menjelaskan bahawa perbuatan mengakses dan memindahkan sistem CCTV tanpa kebenaran juga boleh diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah.
“Itu juga termasuk di bawah kesalahan mencuri. Sistem CCTV itu dipindahkan, jadi ia boleh dikenakan pertuduhan mencuri seperti yang dimaklumkan oleh penyiasat,” jelasnya.
“Inara sangat mempercayai pengurusnya. Inara sudah memaklumkan kepada P bahawa dia telah bernikah secara siri dengan Insanul.
“Namun, individu yang mendedahkan perkara itu di media sosial adalah P sendiri, yang kini menjadi pengurus kepada Mawa,” katanya.
Terdahulu, hubungan Inara Rusli dan Insanul Fahmi menjadi kontroversi selepas Wardatina Mawa, isteri pertama Insanul, mendedahkannya kepada umum dengan mendakwa kedua-duanya menjalinkan hubungan terlarang. Wardatina turut mendakwa memiliki rakaman CCTV yang memaparkan mereka dalam keadaan tidak elok di rumah Inara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
