“Saya Akui Memang Mulut Jahat Sangat” – Liana Rosli

Viral

“Saya Akui Memang Mulut Jahat Sangat” – Liana Rosli

Usahawan popular, Kak KM menyorot perhatian ramai apabila tampil memberi bonus kepada para pekerjanya, sekali gus menjadikan tahun 2025 sebagai penutup yang cukup bermakna.

Menerusi satu muat naik di TikTok, Kak KM atau nama lengkapnya Liana Rosli meluahkan rasa syukur atas sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pasukannya sepanjang tahun.

Advertisement

Terima kasih semua. Kalian semua adalah kekuatan dan tulang belakang saya. Disebabkan kalian, kita semua berjaya. Doakan tahun akan datang kita lebih berjaya dan maju.

Dalam perkongsian sama, Kak KM turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara terbuka kepada para pekerjanya sekiranya pernah terkasar bahasa sepanjang tempoh bekerja bersama.

Sepanjang tahun 2025, mana yang kecil hati dengan saya, saya minta maaf banyak-banyak.

Masa bekerja macam biasalah kadang-kadang asyik marah saja. Saya akui kalau waktu bekerja memang mulut jahat sangat. Tapi saya harap jangan simpan dalam hati.

Tindakan Kak KM itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji keikhlasan beliau menghargai pekerja serta keberaniannya mengakui kelemahan diri sebagai seorang majikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cef wan
2026-01-02 10:53:50

"Dia Menantikan Saya Sampai Hujung Nyawa.." - Cef Wan 'Throwback' Kisah Bersama Bekas Isteri, Nafkah Tak Pernah 'Miss'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...