Lelaki Dakwa Aidil Zafuan Tak Culas Beri Nafkah, Rita Rudaini Sindir Minta Tunjuk Bukti – “Jom Lawan Kat Court, Ada Berani?”

Hiburan

Lelaki Dakwa Aidil Zafuan Tak Culas Beri Nafkah, Rita Rudaini Sindir Minta Tunjuk Bukti – “Jom Lawan Kat Court, Ada Berani?”

Pelakon Rita Rudaini tampil menyelar seorang individu yang mendakwa bekas suaminya, Aidil Zafuan, tidak pernah culas dalam membayar nafkah bulanan kepada dua anak mereka.

Menerusi satu hantaran di Threads, Rita yang berkongsi semula kenyataan individu terbabit turut mencabar dakwaan tersebut dengan meminta bukti pembayaran sekiranya benar nafkah itu dibayar setiap bulan tanpa gagal.

Advertisement

Rita Rudaini

“Tolonglah beri resit bayaran. Semua orang nak tengok yang berhutang skip bayar tu berapa bulan?

“Tolonglah tunjuk. Netizen perlu tahu,” katanya.

Dalam masa sama, pemilik nama sebenar Rita Rudaini Mohammad Mokhtar itu menyifatkan jumlah nafkah sebanyak RM3,000 sebulan tidak mencukupi untuk menampung keperluan dua anaknya, iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

“RM3,000 pun sebab gaduh di mahkamah. Boleh bayar apa untuk anak-anak? Duit tempat perlindungan anak-anak pun tak lepas RM3,000 itu.

“Jom lawan di mahkamah. Ada berani?,” ujarnya.

Terdahulu, Aidil mendakwa menerusi ciapan di Threads bahawa dirinya tidak pernah gagal menunaikan tanggungjawab membayar nafkah anak-anak.

Untuk rekod, mahkamah sebelum ini memerintahkan Aidil membayar nafkah sebanyak RM3,000 sebulan bermula Januari 2015. Manakala bagi tuntutan mutaah, beliau diperintahkan membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Sekadar info, Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 sebelum disahkan bercerai lima tahun kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-30 15:55:40

'Konon Berhemah, Tapi Sebenarnya Langgar Undang-Undang ' - Isu Buang Barang Rumah, Akberdin Maklum Dr Fie Ambil Tindakan Sivil Terhadap Nubhan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...