Satu perkongsian di platform Threads mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen selepas seorang pengguna mengingatkan pengantin perempuan di Johor yang berkahwin dengan pasangan luar negeri agar memaklumkan lebih awal mengenai adat ‘tol’ kepada pihak lelaki.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan menjelaskan bahawa adat ‘tol’ hanyalah sekadar tradisi suka-suka untuk memeriahkan suasana, malah jumlah yang dikenakan juga tidak sepatutnya membebankan.

Namun menurutnya, terdapat situasi di mana rombongan pengantin lelaki kelihatan panik dan terpaksa mengeluarkan duit masing-masing kerana tidak dimaklumkan lebih awal mengenai adat tersebut, malah ada yang sampai menghulurkan wang RM50.
Perkongsian itu bagaimanapun mengundang reaksi bercampur daripada netizen. Ada yang menganggap adat berkenaan sudah disalahgunakan dan mencetuskan rasa tidak selesa.

“Pernah tengok, ada yang buka sampul dan kata tak cukup. Kena bagi jumlah yang dia puas hati baru boleh jalan. Memalukan rombongan lelaki,” komen seorang netizen.
Malah, ada juga yang berpendapat adat ‘tol’ kini tidak lagi relevan dan sepatutnya dihentikan.
“It’s not fun, it’s cringe. Dah boleh hentikan budaya yang tak perlu macam ni,” tulis seorang pengguna lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
