(TERKINI) Najib Razak Dijatuhkan Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM 11.3 Bilion

Berita

(TERKINI) Najib Razak Dijatuhkan  Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM 11.3 Bilion

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati bekas Perdana Menteri, Najib Razak, bersalah atas kesemua empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang berkait dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Hakim perbicaraan, Datuk Collin Lawrence Sequerah, ketika membacakan keputusan di Istana Kehakiman, Putrajaya, memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah, memetik Buletin TV3.

Advertisement

Perbicaraan 1MDB: Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara, Denda RM11.4 Bilion Terhadap Najib

“Pihak pendakwaan telah membuktikan melampaui keraguan munasabah kes terhadap tertuduh berhubung pertuduhan pertama. Oleh itu, saya mensabitkan tertuduh atas pertuduhan pertama di bawah Seksyen 23 Akta SPRM,” kata hakim tersebut.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, mahkamah mensabitkan Najib atas 21 kesalahan.

Kesemua pertuduhan pengubahan wang haram itu difailkan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM5 juta, atau kedua-duanya sekali.

Keputusan berkenaan menandakan satu lagi perkembangan penting dalam siri perbicaraan berprofil tinggi berkaitan skandal 1MDB, yang sebelum ini turut menyaksikan Najib disabitkan kesalahan dalam kes SRC International Sdn. Bhd.

Terkini , bekas Perdana Menteri itu telah dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan juga denda RM11.3 Bilion ke atas 4 pertuduhan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

NAJIB
2025-12-26 20:46:38

Perbicaraan 1MDB: Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara, Denda RM11.4 Bilion Terhadap Najib

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...