Tular Video Lelaki Menang ‘Award’ Pakai Gaun Terbelah Paha, JAWI Ambil Tindakan

Kehidupan

Tular Video Lelaki Menang ‘Award’ Pakai Gaun Terbelah Paha, JAWI Ambil Tindakan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan untuk menjalankan siasatan lanjut serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada susulan isu tular melibatkan seorang lelaki yang didakwa berpakaian menyerupai wanita ketika menghadiri sebuah majlis bertaraf antarabangsa, memetik Kosmo.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, selain siasatan oleh Jawi, kerjasama turut akan dilakukan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menurunkan kandungan berkaitan yang tersebar di media sosial.

Advertisement

Menurut beliau, pihak kementerian memandang serius perkara tersebut kerana ia telah mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan masyarakat serta dianggap mencabar sensitiviti agama dan norma budaya tempatan.

Perbuatan tersebut telah mengundang reaksi negatif masyarakat dan disifatkan sebagai mencabar sensitiviti agama serta norma budaya di negara ini.

Dari perspektif Islam, perbuatan menyerupai jantina lain adalah bercanggah dengan syariat dan tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat.

Dalam masa sama, Dr. Zulkifli memaklumkan bahawa pendekatan dakwah dan pencegahan akan terus diperkukuhkan melalui pelbagai saluran termasuk khutbah Jumaat, program keagamaan serta penyampaian mesej menerusi platform media sosial.

Langkah tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat, di samping memelihara keharmonian sosial serta nilai budaya dan agama di negara ini.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai juri dalam satu acara antarabangsa, didakwa hadir dengan berpakaian menyerupai wanita, sekali gus mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-24 10:33:04

Ambil Keputusan ‘Tidurkan’ Kucing Hidap FIP, Netizen Kritik Tindakan 'Influencer' Ini - "Maaf Cakap..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...