Titah Adendum Tahanan Rumah Tidak Sah, Najib Razak Kekal Di Penjara Kajang

Berita

Titah Adendum Tahanan Rumah Tidak Sah,  Najib Razak Kekal Di Penjara Kajang

Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi memutuskan bahawa Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, menjalani tahanan di rumah adalah tidak sah, memetik Utusan Malaysia.

Sehubungan itu, perintah tahanan di rumah tidak boleh dilaksanakan,” ujar Hakim Alice Loke Yee Ching.

Advertisement

Dengan keputusan tersebut, Najib akan terus kekal menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sehingga tamat tempoh hukuman yang telah ditetapkan.

Terdahulu, Hakim Yee Ching menjelaskan bahawa Titah Adendum berkenaan tidak pernah dibincangkan mahupun diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61.

“Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tidak boleh membuat keputusan seorang diri. Perlaksanaan prerogative of mercy (Kuasa Pengampunan Diraja) mestilah mengikut peruntukan yang dinyatakan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Titah Adendum bukanlah satu perintah yang sah. Sehubungan itu perintah tahanan di rumah tidak boleh dilaksanakan,” kata hakim itu.

Keputusan berkenaan sekali gus menamatkan pertikaian undang-undang berhubung kesahihan Titah Adendum yang menjadi tumpuan umum sejak kebelakangan ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fam
2025-12-21 12:54:59

AFC Kenakan Denda Terhadap FAM, Faisal Halim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...