“Gentleman, Cara Bercakap Pun Matang..” – Netizen Puji Cara Zain Saidin Bimbing Rozita Che Ta, Kemudi Rumah Tangga

Hiburan

“Gentleman, Cara Bercakap Pun Matang..” – Netizen Puji Cara Zain Saidin Bimbing Rozita Che Ta, Kemudi Rumah Tangga

Seorang pengguna di Threads menarik perhatian ramai apabila memuji cara pelakon Zain Saidin melayani dan memimpin isterinya, selebriti terkenal Rozita Che Wan atau Che Ta.

Dalam hantaran tersebut, pengguna berkenaan mengakui terkejut apabila menyedari bahawa Che Ta sebenarnya berada di bawah bimbingan dan pimpinan Zain, berbeza dengan tanggapan awal bahawa Che Ta mendominasi rumah tangga mereka.

Advertisement

Sangat gentleman, cara bercakap pun matang, tegas dan sopan. Nampak macam Che Ta superior dalam rumah tangga.

Tapi cara dia cakap dah menunjukkan sebenarnya Che Ta yang di bawah pimpinan dia. Zain adalah seorang pemimpin keluarga yang rendah diri.

Perkongsian itu menjadi tular susulan video Zain yang menegaskan pendiriannya menghalang Che Ta daripada menjalani sebarang rawatan ‘buat muka’ kerana tidak bersetuju dengan amalan tersebut.

Dalam video berkenaan, Zain menjelaskan bahawa beliau lebih selesa melihat isterinya tampil natural dan menganggap rawatan tertentu bukan sahaja tidak cantik, bahkan bertentangan dengan ajaran agama.

Semua akan tua dan tidak setegang ketika muda. Tapi Che Ta pada umurnya, kulitnya masih tegang.

Biasalah perempuan walaupun sudah cantik tapi masih ingin lebih dari itu. Saya memang tak suka dan tidak berminat kerana saya lebih memilih agar dia kelihatan natural.

Che Ta pun tak nak buat rawatan itu tapi saya rasa memang tak cantik dan perkara itu haram serta berdosa. Saya tetap akan sayangkan dia yang sedia ada.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang puteri, Aaisyah Dhia Rana, pada 1 November 2014.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella astilllah
2025-11-20 13:33:15

Bella Astillah Nafi Kehadiran Keluarga Syed Saddiq ke MLS Dirancang — “Saya Jemput Datang Bila-Bila Masa Saja”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...