Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli terus menjadi perbualan apabila aktres itu memilih untuk berdiam diri meskipun diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada pihak media.
Ketika ditemui pada program MeleTOP malam tadi, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, tampil anggun mengenakan busana kuning cair, namun kelibatnya hanya seketika sebelum mengelak daripada ditemu bual oleh wartawan yang menunggu di luar studio.
https://www.instagram.com/p/DP09GsYElZW/?hl=en
Apabila ditanya mengenai keadaan dirinya, pelakon filem Munajjim: Sekutu Iblis itu hanya memberikan jawapan ringkas.
“Saya okey sahaja. Cuma tak mahu ditemu bual sebab sedang sakit tekak,” katanya kepada HibGlam.
Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul di media sosial mendakwa hubungan pasangan popular itu kini berada di hujung tanduk, selepas mereka dilihat saling tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Walaupun Kamal sebelum ini tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan keadaan mereka masih baik, namun desas-desus kembali hangat selepas Uqasha memuat naik hantaran di Instagram Story memaparkan dirinya bersama puteri sulung mereka, Hawra Uqaira, yang ketika itu tidak sihat akibat batuk dan demam.
Uqasha Senrose Fail Cerai Terhadap Kamal Adli, Rumah Tangga Didakwa Bergolak Sejak April
Perkongsian itu menimbulkan tanda tanya apabila ramai berpendapat Uqasha kini menguruskan anak seorang diri, sekali gus menambah spekulasi bahawa hubungan mereka sedang bergolak.
Dan hari ini, Uqasha dilaporkan ada memfailkan perceraian terhadap aktro Kamal Adli pada 1 Oktober lalu dan didakwa sudah lagi tidak tinggal sebumbung.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.