Selepas tular kisah perselisihan faham antara usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, dan kakaknya Kak Nona, akhirnya Kak KM tampil menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku antara mereka.
Terdahulu, hubungan dua beradik itu yang sebelum ini dikenali sangat rapat dikatakan mula renggang akibat urusan perniagaan, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.
Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa dirinya telah memaafkan segala yang terjadi, namun memilih untuk menjaga jarak demi mengelakkan salah faham atau konflik baharu.
Aku maafkan je apa yang berlaku, cuma tak perlu lagi untuk kamu berjumpa. Aku terus bawa diri, tak nak ada apa-apa komitmen, tak nak ada apa-apa pasal perniagaan.
Difahamkan, isu antara dua beradik itu mula hangat diperkatakan selepas timbul dakwaan bahawa mereka bermasam muka dan saling memerli di media sosial.
Walau bagaimanapun, kenyataan terbuka Kak KM ini memberi bayangan bahawa dia memilih untuk berdamai dengan keadaan, namun dalam masa sama menetapkan batas demi ketenangan diri dan keluarga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: Puteri Balqis Jawab Dakwaan Bersekedudukan & Sudah Bernikah – “Kami Ada Vibe Dan Personaliti Sama”