Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, menegaskan bahawa para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) tidak pernah menganggap diri mereka sebagai wira atau hero, sebaliknya hanya menjalankan tanggungjawab kemanusiaan demi saudara di Gaza.
Menurut Musa, penyataan itu dibuat bagi mengelakkan salah faham masyarakat terhadap tujuan sebenar misi kemanusiaan tersebut.
Kami tidak pernah anggap kami hero. Malah Nadir (Abu Syahrin) masa keluar saja dari kapal terbang tadi, berkali-kali dia sebut, ‘istighfar banyak-banyak. Jaga hati. Ini bukan pasal kita. Ini tentang mereka di Gaza’.
Sama juga untuk himpunan di Axiata hari ini. Ia bukan untuk sambut kami, tapi kita berhimpun untuk Gaza.
Dalam satu hantaran yang lain, Musa memaklumkan bahawa tiket pulang ke tanah air hanya dimaklumkan kepada peserta terlibat dan tidak dihebahkan kepada media.
Ketika tiket balik dah dibeli, hanya kami kami yang tahu.Malah semua dari kami setuju, kita balik diam diam. Jumpa semua di Axiata, berkumpul dan bersolidariti untuk Gaza di sana.
Tetapi tarikh dan waktu kami sampai tanah air bocor juga. Dato’ Sani tukar plan. Kena rai mereka yang nak datang. Tak boleh keluar lalu pintu belakang.Maka jadilah sambutan luar biasa dari yang dijangka.
Terdahulu, suasana penuh emosi menyelubungi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) apabila 23 sukarelawan GSF selamat tiba pada jam 10.07 malam, Selasa, selepas hampir seminggu ditahan oleh rejim Zionis Israel.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: (TERKINI) Tentera Laut Isra*l Dilaporkan Sudah Menyerang & Culik Anak Kapal Freedom Flotilla