Penyanyi dan pelakon, Amira Othman, mengakui dirinya turut terkesan dengan nasib sukarelawan Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Menerusi satu potongan klip siaran langsung di TikTok, Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 32, berkata dia berasa sukar untuk tidur selepas mendapat berita mengenai penahanan tersebut.
Kalau cerita tentang mereka, meremang. Saya bagitahu Fattah yang saya tak boleh tidur semalam. Pukul 4 lebih pagi, Kak Ja (Heliza Helmi) ada mesej saya beritahu dia dikepung. Terus teringat-ingat.
Amira yang juga isteri kepada pelakon popular Fattah Amin turut merayu orang ramai supaya tidak putus mendoakan keselamatan sukarelawan yang sedang berjuang menghantar bantuan ke Gaza.
Sebelum kita mula apa-apa pun, kita doakan mudah-mudahan semuanya selamat.
Pada Khamis, media melaporkan seramai 23 sukarelawan warga Malaysia yang menyertai misi flotila itu ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa.
Antara yang ditahan ialah Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana), Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil, serta Norfarahin Romli (Farah Lee) bersama beberapa aktivis lain.
Bagaimanapun, menurut laporan Harian Metro, semua sukarelawan Malaysia yang ditahan disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dibawa pulang melalui sebuah negara ketiga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada