Netizen Persoal Polisi Hotel Malaysia – “Check-In Lepas 4PM, Keluar Sebelum 11 Pagi? Rugi Je!”

Kehidupan

Netizen Persoal Polisi Hotel Malaysia – “Check-In Lepas 4PM, Keluar Sebelum 11 Pagi? Rugi Je!”

Seorang individu di Threads mencetuskan perbincangan hangat apabila mempersoalkan polisi sesetengah hotel yang kini meletakkan syarat daftar masuk (check-in) selepas jam 4 petang, tetapi waktu daftar keluar (check-out) pula sebelum 12 tengah hari.

Menurutnya, polisi sebegini dianggap pelik kerana tempoh sebenar penginapan menjadi semakin singkat dan tidak berbaloi, lebih-lebih lagi jika bayaran yang dikenakan agak tinggi.

Advertisement

polisi checkin hotel

Hantaran tersebut pantas mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang bersetuju dan menyifatkan trend itu semakin banyak diamalkan, terutama hotel di bandar besar. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman terpaksa menunggu lama kerana bilik hanya boleh dimasuki selepas jam 4 petang.

Namun begitu, ada yang memahami situasi pihak hotel. Menurut mereka, polisi itu wujud kerana proses pembersihan bilik memakan masa yang panjang, tambahan pula dengan kadar penginapan yang tinggi pada musim cuti.

check in hotel lambat

Apa pun, isu ini sekali lagi membuka perbincangan tentang hak pelanggan dan keselesaan tetamu hotel. Netizen mencadangkan agar hotel lebih fleksibel, contohnya menyediakan pilihan early check-in atau late check-out dengan caj tambahan yang berpatutan.

Kes Selebriti & Remaja 17 Tahun: Polis Maklumkan Kali Pertama Suspek Bawa Mangsa Ke Hotel
2025-06-06 14:20:43

Kes Selebriti & Remaja 17 Tahun: Polis Maklumkan Kali Pertama Suspek Bawa Mangsa Ke Hotel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...