Boleh dikatakan, selepas pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman berkongsikan tarikh pernikahan mereka, pelbagai reaksi daripada warganet dilontarkan serta ditulis di platform media sosial.
Amira tampil menegur sesetengah netizen
Dapat dilihat melalui klip potongan video yang memaparkan penyanyi terbabit, Amira tampil menegur segelintir netizen yang menulis hantaran di media sosial tanpa memikir perasaan orang lain.
Dalam pada masa yang sama, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman juga memohon doa daripada orang ramai agar urusan membina masjid dipermudahkan.
Tenang ya semua. Cakap dan buat benda baik-baik. Tak rugi pun. Kita tak boleh buat jahat dekat orang tau. Dosa dengan manusia tidak selesai sekalipun mati syahid.
Ramai berasa sebak dengan berita pernikahannya
Di samping itu, penyanyi tersebut turut memberitahu ramai yang berasa gembira dengan berita pernikahannya sehingga gagal untuk menahan rasa sebak.
Tadi saya pergi event, ramai yang ucap tahniah pastu mereka nangis. Saya tak boleh tengok orang menangis, saya sedih.
Sebelum ini, Fattah Amin dan Amira Othman memaklumkan mereka bakal mendirikan rumah tangga bersama pada 14 September, Ahad ini di Johor.