Pelakon Norman Hakim baru-baru ini berkongsi momen lucu selepas bertemu dengan pasangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida, dan pengasas kosmetik terkenal Anas Zahrin di sebuah acara.
Melalui Instagram, Norman meluahkan hasratnya untuk mewujudkan sebuah ‘band boy’ bersama Aliff Syukri dan Anas Zahrin, dengan Aliff dilantik sebagai penyanyi utama.
Kiteorang tengah bincang nak buat group bandboy. Datuk Seri Aliff Syukri dah terang lagi bersuluh sebagai penyanyi, saya keyboard dan Anas Zahrin main drum.
Namun, hasratnya itu mendapat bantahan daripada para isteri mereka, yang berpendapat mereka lebih mengenali suami masing-masing dan terbayang “konsert skala besar” untuk kumpulan itu.
Cuma ada sedikit khilaf bila mendapat bantahan dari isteri-isteri kami sebab diorang cakap diorang lagi kenal dan boleh nampak masa depan kami dan group kami nanti.
Nak bincang pun kena bisik-bisik. Nasib baiklah Anas belum kahwin, so bila 3 lelaki lawan 2 perempuan, maka kami la yang menang.
Ini backup plan kami untuk survive sebab fee TikTok dah makin naik. Kos barang pun makin mencanak. So ini backup plan kami untuk terus survive.
Perkongsian Norman itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terhibur dengan cadangannya untuk mewujudkan band baharu tersebut. Malah, ada juga yang berseloroh menyatakan mereka lebih menyokong pihak isteri Norman dan Aliff dalam hal ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.