Biarpun sedang menghadapi masalah rumah tangga, pengendali dan pengurus Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan bahawa pemain bola, Faisal Halim sama sekali tidak terganggu serta berada dalam keadaan baik menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa Singapura dan Palestin.
Menurut Peter, Faisal menunjukkan disiplin yang baik sepanjang latihan skuad kebangsaan dan kekal bekerja keras untuk mengekal pretasi cemerlang di atas padang.
Faisal benar-benar berada dalam ‘good shape’. Dia menjalani latihan konsisten, pendekatannya profesional dan mentalitinya untuk menjadi yang terbaik cukup mengagumkan.
Dalam pada itu, pengurus Harimau Malaya itu juga menegaskan hal peribadi keluarga perlu dihormati, oleh itu seluruh pasukan memberi sokongan sepenuhnya buat Faisal.
Kami semua berada di belakangnya. Dia menguruskan hal peribadinya dengan baik, tetapi dari segi bola sepak, tiada sebarang kesan. Dia kekal fokus dan bersedia sepenuhnya untuk pasukan.