Netizen Jelek Lihat Video Gelek, Aisyah Retno Bersuara – “Kalau Ada Tak Puas Hati, Saya Minta Maaf”

Hiburan

Netizen Jelek Lihat Video Gelek, Aisyah Retno Bersuara – “Kalau Ada Tak Puas Hati, Saya Minta Maaf”

Tindakan penyanyi Aisha Retno yang dilihat menari dan bergelek bersama rakan selebriti dalam sebuah video baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Mengulas isu tersebut, Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 25, berkata dia menerima semua teguran yang diberikan dan memohon maaf atas perbuatannya.

Advertisement

aisyah retno

Katanya kepada mStar,

Kalau ada yang rasa tak berpuas hati, saya minta maaf dan akan cuba perbaiki kesilapan. Niat saya cuma nak menari saja. Sebagai anak seni, saya memang buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Tambahnya,

Saya baca komen netizen, mungkin pakaian, gaya atau reaksi saya yang membuatkan ramai kurang senang. Apa pun saya dengar semua teguran tu kerana akhirnya, mereka juga yang akan dengar lagu saya.

Dalam pada itu, Aisha baru sahaja melancarkan album pertamanya yang berjudul Re.hab pada awal Ogos lalu.

aisha retno beri respon mengenai kes bella astillah dan sophia albarakbah
2025-08-05 19:00:37

"Nak Berdepan Cara Baik? Silakan.." - Aisha Retno Komen Mengenai Isu Sepupunya Sophia Albarakbah Dan Bella Astillah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...