Beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi, Amira Othman telah membuat peminat berasa terkejut selepas dirinya memuat naik satu video di Instagram memaparkan diri memakai busana pengantin berwarna putih.
Amira masih belum bersuara isu pakai busana pengantin
Susulan itu, ramai yang meluahkan rasa teruja dan mendakwa tarikh perkahwinan bersama pelakon, Fattah Amin sudah semakin dekat.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak disahkan lagi oleh tuan empunya badan dan masih menjadi tanda tanya di kalangan warganet.
View this post on Instagram
Rupanya untuk shoot MV baru?
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, ada yang merasakan video tersebut untuk muzik video terbarunya.
Ramai yang menyeru agar Amira bersuara mengenai perkara ini agar tanda tanya di kalangan peminat terjawab.
Sekadar info, hubungan Amira Othman dan Fattah Amin, sebelum ini, menjadi perhatian ramai susulan sering hadirkan diri bersama-sama di setiap majlis, malah mereka juga sering kali memakai baju sedondon.