Penyanyi terkenal Baby Shima meminta seorang peminat fanatiknya agar tidak bertindak melulu hanya kerana cemburu melihat kemesraannya bersama model dalam video muzik terbaru, Island Boi. Shima, 32, menyuarakan kebimbangannya selepas individu tersebut mengugut untuk membunuh diri melalui mesej yang dihantar di Instagram sejak semalam.
“Abang oi, bawa mengucap! Sejak semalam abang ‘spam’ komen cakap nak bunuh diri,” kata Shima dalam hantaran Instagram.
View this post on Instagram
Shima menjelaskan bahawa lakonan mesranya dengan model dalam video muzik itu adalah sebahagian daripada projek yang melibatkan kos besar, dan tiada alasan untuk cemburu. Tambahnya,
Takkanlah saya nak minta YouTube padamkan video itu.
Lelaki tersebut, dalam mesejnya, mengaku cemburu dan memberi amaran agar Shima memadam video tersebut dalam masa tiga hari. Walaupun begitu, video muzik Island Boi yang dimuat naik di YouTube telah meraih lebih 76,000 tontonan dan mendapat pujian daripada netizen atas lirik dan muzik yang menarik.