Hantaran di Instagram pelakon dan penyanyi Abby Abadi baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi beberapa komen netizen mengenai anaknya, Marissa Dania.
Antara komen yang dikongsi adalah nasihat netizen yang meminta Marissa untuk memulakan kehidupan baharu dan tidak memilih jalan hidup untuk berpoligami.
Ada juga yang menasihati Marissa mencari kebahagiaan lain tanpa bergantung pada kasih sayang seorang lelaki yang sudah pun mempunyai isteri dan anak.
Lebih menyentuh hati, ada komen yang mengatakan wanita secantik Marissa layak meniti hari-harinya yang lebih indah tanpa memikul gelaran isteri kedua.
Dalam pada itu, Abby turut memberi respon terhadap komen-komen tersebut, yang seakan mewakili isi hati dan perasaannya sebagai seorang ibu.
Rasanya banyak yang mahu diceritakan, tapi cuma bisa bilang biarlah komen-komen ini mewakili.
Imbas kembali, Marissa selamat bergelar isteri kedua kepada Mohd Aslam selepas mereka berkahwin pada Disember 2023 di Songkla, Thailand. Ketika itu, Mohd Aslam sudah pun mempunyai isteri, Umisya, serta dua orang anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.