Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga anak kepada bekas pemimpin negara ditahan polis selepas didapati memiliki dadah di dalam keretanya di Lebuhraya Sprint, semalam, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan penahanan itu yang berlaku ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sekitar Damansara.
Dalam pemeriksaan, pihak polis menemui sejumlah kecil heroin serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah. Siasatan awal mendapati suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.