Meski Dipenuhi Komen ‘Gatal’, Zul Ariffin Terus Muat Naik Foto Tidak Berbaju – “Jom Balik Rumah”

Hiburan

Meski Dipenuhi Komen ‘Gatal’, Zul Ariffin Terus Muat Naik Foto Tidak Berbaju – “Jom Balik Rumah”

Pelakon popular, Zul Ariffin dilihat semakin selesa berkongsi foto tanpa berbaju di laman Instagram, sekali gus mencuri perhatian peminat yang tidak jemu memuji penampilan terbarunya.

Setiap kali foto terbarunya dimuat naik, ruangan komen pasti dipenuhi dengan usikan nakal dan pujian daripada pengikut, terutama peminat wanita. Malah, ada yang mengakui tidak mampu menahan diri daripada meninggalkan komen setiap kali aktor berusia 39 tahun itu menayangkan tubuh kekarnya.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Walaupun menerima pelbagai reaksi, Zul dilihat tidak terganggu malah semakin aktif berkongsi gambar-gambar yang memaparkan perubahan dirinya. Ramai beranggapan keyakinan Zul meningkat selepas berjaya mengekalkan gaya hidup sihat dan tubuh lebih sasa berbanding sebelum ini.

Tidak dinafikan, aura bintang filem dan drama popular itu membuatkan peminat sentiasa menantikan perkongsian terbarunya, malah ada yang berharap Zul terus konsisten menjaga penampilan kerana ia dianggap sebagai motivasi kepada ramai lelaki untuk lebih mementingkan kesihatan.

zul ariffin tanned
2025-08-22 10:10:53

Para Isteri Tergoda, Zul Ariffin Buka Mulut Isu Foto Panas - "Mereka Sekadar Menyakat Je"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...