Rasa Teh Oolong, Dipadukan Krim Putar, Tealive Perkenal Siri Snowy Bang Bang

Branded

Rasa Teh Oolong, Dipadukan Krim Putar, Tealive Perkenal Siri Snowy Bang Bang

Siapa tak suka Tealive? Mestilah SUKAAA! Perlukan sugar fix waktu pagi? Tealive! Dahaga selepas lunch? Tealive! Bila-bila masa, di mana jua, Tealive tetap jadi pilihan.

Nak tahu apa yang lebih exciting? Tealive ada menu baru untuk korang cuba. Siapa penggemar Tealive? Ini lebih sebab untuk ke outlet berhampiran sekarang juga!

Perkenalkan Siri Snowy Bang Bang

Tealive memperkenalkan inovasi terbaru mereka, dinamakan Siri Snowy Bang Bang dengan rasa teh yang memukau bersama aftertaste yang kekal lebih lama di tekak. Tea lover wajib kena try!

Snowy Bang Bang Da Hong Pao Milk Tea

Penggemar teh oolong, ini menu wajib cuba. Menjanjikan rasa profil rasa teh panggang disertai aftertaste manis dengan bau teh yang hangat.

Dihidangkan dengan pearl dimasak perlahan dalam gula perang karamel untuk rasa manis yang smoky. Minuman ini boleh dipesan tanpa topping snowy.

Snowy Bang Bang Roasted Milk Tea

Teh panggang dengan rasa aroma hangat dan mendalam, memberikan rasa lebih lembut disertai hint rasa manis pada aftertaste.

Juga dihidangkan dengan pearl yang dimasak perlahan dalam sos gula perang karamel bagi memberikan rasa manis smoky. Menu ini boleh dipesan dengan atau tanpa topping snowy.

Apa yang menjadikan siri ini istimewa adalah kerana ia boleh dinikmati dengan atau tanpa snowy cream. Bagi yang suka rasa lebih berkrim, snowy cream pasti memenuhi citarasa anda. Manis berkrim, confirm jadi kesukaan ramai.

Tapi kalau anda lebih gemarkan minuman ringan, tanpa susu, tanpa tambahan manis, pesan sahaja versi tanpa snowy, tetap sedap dan menyegarkan.

Promo dengan kad kredit Visa

 

Kalau korang pengguna kad kredit Visa, ini ada berita baik untuk korang! Dapatkan diskaun 10% untuk bil keseluruhan dengan kad kredit Visa.

Promosi ini sah sama ada apabila diskaun maksimum dicapai atau sehingga tarikh luput promosi. Mana-mana yang berkenaan dicapai dulu.

Promosi berlangsung bermula 10 Julai hingga 31 Ogos 2025. Ayuh cepat jangan ketinggalan untuk nikmati promosi ini.

*Tertakluk terma & syarat.

Ayuh cuba Siri Snowy Bang Bang hari ini

Sama ada korang peminat minuman berkrim atau tidak, Snowy Bang Bang ada pilihan untuk korang. 

Tambah pula dengan promosi Visa ini, memang berbaloi untuk dinikmati bersama kawan-kawan dan keluarga. Jom serbu Tealive berhampiran sekarang!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...