“Merqeen Okay Je” – Netizen Kecam Lakonan Qasrina Karim Dalam Thariq Ridzuwan: His Treasure

Hiburan

“Merqeen Okay Je” – Netizen Kecam Lakonan Qasrina Karim Dalam Thariq Ridzuwan: His Treasure

Sebuah klip “Thariq Ridzuwan: His Teasure” yang tular baru-baru ini menerima pelbagai reaksi di media sosial, khususnya di platform Instagram dan Threads.

Netizen meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti lakonan, khususnya watak heroin lakonan Qasrina Karim yang dianggap terlalu “cringe” dan tidak meyakinkan.

Advertisement

Antara komen yang mencuri perhatian termasuk perbandingan dengan watak Bella Swan dalam filem ‘Twilight’, apabila seorang pengguna menulis, “Ni Bella Swan versi Malaysia ke macam mana?”. Malah, ramai turut mengkritik gaya penyampaian dialog pelakon wanita tersebut yang dikatakan seperti “berlakon drama kanak-kanak”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sooka (@sookamalaysia)

Bukan hanya lakonan, adegan teknikal dalam drama juga tidak terlepas dari kecaman, seperti potong besi tanpa cermin mata keselamatan dan babak menaiki tangga yang dianggap berlebihan.

thariq ridzuwan

Walaupun ramai menyokong barisan pelakon lelaki, persembahan heroin menjadi fokus utama kritikan. Buat masa ini, belum ada respon rasmi daripada produksi drama berkenaan.

Namun, perbincangan ini jelas menunjukkan betapa penonton kini semakin kritikal dalam menilai kualiti drama tempatan.

drama thariq ridzuwan: his treasure ditunda
2025-07-22 13:57:25

Drama Thariq Ridzuwan: His Treasure Ditunda, Adakah Sebab Pengarah Teruk Dikecam?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...