Baru-baru ini, tular hantaran memaparkan beberapa video dan gambar tentang kejadian seorang lelaki diculik pada 22 Julai lalu di Puchong Permai.
Berdasarkan hantaran tersebut, tiga individu dilihat menolak lelaki berkenaan masuk ke dalam lori ais berwarna putih di kawasan parkir awam dan pada waktu siang hari.
Sebuah motosikal ditunggang lelaki itu dilihat terjatuh di atas jalan raya dan video berkenaan dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.
Turut dimuat naik adalah foto lelaki berkenaan serta beberapa hantaran daripada orang lain dipercayai rakan serta keluarganya yang meminta tolong.
Tolong guys, kalau ada namak lori ni roger guys. Kalau budak ni ada buat salah tak boleh buat macam ni, negara ada undang-undang.
Beberapa foto lelaki didakwa merupakan penculik tersebut turut dimuat naik di hantaran yang sama.
Laporan polis dibuat orang awam
Dalam pada itu, segelintir pengguna Facebook mempersoal orang awam yang berada di lokasi dan begitu dekat dengan individu tersebut namun tidak membantu.
Difahamkan laporan polis telah dibuat oleh orang awam dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Persiaran Puchong Permai, Subang Jaya.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti dan mengesan individu yang terlibat dalam insiden ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.