“Baru Je Bakar Abu Jenazah Suami, Dah Sambut Birthday Dengan Kekasih Baru?” – Netizen Kecam Pelakon Wanita ‘Move On’ Terlalu Cepat

Hiburan

“Baru Je Bakar Abu Jenazah Suami, Dah Sambut Birthday Dengan Kekasih Baru?” – Netizen Kecam Pelakon Wanita ‘Move On’ Terlalu Cepat

Nama pelakon cantik Indonesia, Jennifer Coppen, sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia memuat naik foto sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 di Instagram lengkap bersama keluarga dan kekasih baharu, pemain bola sepak kebangsaan Indonesia, Justin Hubner.

Perkongsian itu mencetuskan reaksi pelbagai apabila ramai yang mula mempersoalkan tindakan Jennifer, yang disifatkan ‘terlalu cepat’ membuka lembaran cinta baharu selepas hanya setahun pemergian suami tercinta, Dali Wassink.

Advertisement

Dalam kapsyen menyentuh hati, Jennifer menzahirkan rasa syukur kerana masih kuat menghadapi dugaan hidup walaupun usianya baru menginjak 24 tahun.

Tak pernah sangka hidup aku akan jadi seberat ini. Tak pernah sangka aku mampu bertahan selepas segala kesakitan yang aku lalui ketika usia semuda 24.

Tapi aku bersyukur kepada Tuhan setiap hari kerana beri aku kekuatan. Aku berterima kasih pada anak perempuanku kerana menjadi sebab untuk aku terus hidup.

Jennifer turut memuat naik gambar mesra bersama Justin Hubner semasa sambutan hari lahirnya, yang berlangsung dalam suasana ringkas namun penuh emosi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mula mempertikaikan tindakan Jennifer yang dilihat sudah ‘move on’ terlalu cepat daripada kehilangan suami.

Baru tahun lepas suami meninggal, tahun ni dah ada kekasih baru. Terlalu cepat sis…

Namun begitu, segelintir peminat tampil mempertahankan Jennifer, dengan mengatakan bahawa dia berhak bahagia semula setelah melalui detik paling gelap dalam hidupnya.

Disebabkan tekanan dan kecaman yang memuncak, Justin Hubner dilihat telah menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya, dipercayai untuk mengelak daripada serangan netizen.

Jennifer dan mendiang suaminya, Dali Wassink, mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Kamari Sky. Namun, perkahwinan mereka berakhir tragis apabila Dali terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia pada Julai 2024.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Diana Danielle anggap kehilangan farid kamil menyakitkan
2025-07-21 13:41:09

Menyakitkan, Diana Danielle Akui Kehilangan Farid Kamil Bukan Sekadar Suami, Tapi Sahabat Baik - "Lama-Lama Saya Sedar.."

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...