Seorang pengguna Facebook berasal dari Thailand baru-baru ini berkongsi hantaran menceritakan tentang kekuatan pasport Malaysia.
Tulis Backpaeger แบกเป้เกอร์, pasport Malaysia membolehkan pemegang menggunakan laluan pantas untuk proses pemeriksaan keselamatan dan imigresen di negara yang dikunjungi.
Lelaki itu turut memaklumkan pengikutnya bahawa pemegang pasport Malaysia boleh melancong ke lebih 180 negara tanpa memohon visa.
Tahukah anda Pasport Malaysia merupakan antara yang paling berkuasa di dunia? Ranking pasport boleh berubah setiap tahun, tetapi Pasport Malaysia secara konsisten berada di kedudukan tinggi, dengan laporan terkini meletakkannya di tangga ke-12 paling berpengaruh di dunia.
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut akui sebagai seorang yang gemar melancong dan berasal dari negara jiran, dia berasa cemburu dengan kekuatan pasport Malaysia.
Berbeza pula dengan negara jiran kita, Thailand. Setakat data terkini 2025, pemegang pasport Thailand hanya boleh melancong ke sekitar 40 negara tanpa visa.
Hantaran tersebut meraih perhatian netizen dari negara itu yang akui turut merasakan perkara yang sama tentang hal berkenaan.
Meskipun begitu, sesetengah netizen menyelar lelaki berkenaan kerana hantarannya seolah-olah merendahkan negara sendiri dan tidak bersemangat patriotik.
Sementara itu, beberapa individu berpendapat hal itu boleh dijadikan satu benchmark yang sepatutnya dicontohi pemerintah negata tersebut.
“Saya kena akui, Malaysia memang mentadbir negara dengan sangat baik. Jauh berbeza betul dengan keadaan di negara kami,” komen seorang individu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.