Tindakan penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, berkongsi video bersama penyanyi antarabangsa Henry Moodie di TikTok baru-baru ini telah mencetuskan reaksi pelbagai daripada netizen.
Dalam video yang dimuat naik, Daiyan dan Henry dilihat menyertai trend popular di media sosial dikenali sebagai Illegal, yang kini tular dalam kalangan pengguna TikTok di seluruh dunia.
Namun begitu, terdapat segelintir pengguna media sosial yang tidak berpuas hati dengan perlakuan Daiyan dalam video tersebut. Rata-rata menyuarakan pandangan bahawa gaya persembahan dalam video berkenaan seolah-olah tidak menjaga batas dan sensitiviti sebagai seorang figura umum di Malaysia.
Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuk:
Makin melampau kau ye Daiyan.
Nanti dia pergi Umrah lagi.
Hujung tahun p Umrah cuci dosa, Macam tu lah ulang-ulang.
https://www.tiktok.com/@daiyantrisha22/video/7527923010251017480?lang=en
Walaupun ada juga peminat yang menyokong dan mempertahankan Daiyan, kontroversi ini tetap mengundang perdebatan hangat di ruangan komen. Daiyan setakat ini masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
BACA: Dah ‘Cium’ Tak Minta Maaf, Ara Johari Kesal Pemandu Axia Kuning Lari Selepas Langgar Keretanya