Pendaki Malaysia ‘Mangsa’ Terbaru Gunung Rinjani, Berjaya Diselamatkan Selepas Tergelincir 200 Meter Ketika Mendaki

Kehidupan

Pendaki Malaysia ‘Mangsa’ Terbaru Gunung Rinjani, Berjaya Diselamatkan Selepas Tergelincir 200 Meter Ketika Mendaki

Seorang pendaki dari Malaysia, Nazli Awan Mahat, berjaya diselamatkan selepas tergelincir dan cedera ketika mendaki ke Danau Segara Anak di Gunung Rinjani, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Memetik laporan Berita Harian, kejadian yang berlaku pada jam 3.20 petang semalam (waktu tempatan) dan dimaklumkan oleh seorang pemandu pelancong tempatan kepada pihak Resort Sembalun.

Advertisement

Menurut Ketua Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR), Yarman, operasi menyelamat berjalan lancar dan pendaki tersebut telah dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Sembalun pada jam 8.30 pagi hari ini untuk menerima rawatan.

pendaki malaysia mangsa gunung rinjani

Keadaan pendaki adalah stabil dan beliau dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.

Usaha menyelamat bermula pada jam 3.22 petang semalam (waktu tempatan) dan melibatkan lapan anggota termasuk petugas perubatan dari Pusat Perubatan Kecemasan Gunung.

Yarman turut mengingatkan para pengunjung agar sentiasa berhati-hati serta mematuhi peraturan keselamatan ketika mendaki di kawasan taman negara tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan terdapat seorang pendaki warga Malaysia telah menjadi mangsa terbaru kejadian kemalangan di Gunung Rinjani, Indonesia selepas dilaporkan terjatuh ketika dalam perjalanan menuju ke Danau Segara Anak.

pendaki malaysia mangsa gunung rinjani

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius, termasuk patah tulang pinggul dan luka di bahagian kepala, selepas terjatuh kira-kira 200 meter sebelum tiba di jambatan menuju ke lokasi tumpuan Danau Segara Anak.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Juliana Marins pendaki jatuh Gunung Rinjani
3 days ago

Tular Rakaman Detik-Detik Akhir Juliana Marins, Pendaki Jatuh Di Gunung Rinjani Sebelum Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...