Sedia maklum, masyarakat kini lebih gemar membuat pembayaran tanpa tunai (cashless) kerana mereka tidak perlu membawa dompet yang besar untuk meletakkan wang tunai dan hanya bawa dompet kad (card holder) bagi mengisi kad debit atau kredit mereka.
Meskipun pembayaran menggunakan e-wallet atau kad ini lebih pantas dan cekap, tetapi masih ada segelintir individu yang lebih gemar membayar menggunakan wang tunai.

gambar hiasan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di Threads apabila sebuah kafe yang dikenali sebagai The Komunal Cafe berkongsi satu tangkap layar review yang ditinggalkan oleh salah seorang pelanggan mereka selepas mengunjungi kafe itu.
Berdasarkan tangkap layar yang dimuat naik, pelanggan itu dilihat tidak berpuas hati kerana kafe tersebut hanya menawarkan transaksi pembayaran tanpa tunai sahaja.
Tak akan pergi kafe itu lagi. Perniagaan ini (terapkan servis) cashless. Wang tunai masih sah di Malaysia dan (pihak kafe) perlu terima. Saya tak sokong bisnes cashless.
Apa yang lebih menghampakan pihak kafe adalah apabila pelanggan itu meninggalkan rating satu bintang. Perkara itu sekaligus boleh mengundang persepsi buruk orang ramai terhadap kafe itu.
Susulan itu, pihak kafe berkata mereka berasa agak kecewa kerana mendapat rating rendah hanya kerana mereka menggunakan sistem cashless.
Sedih bila tengok customer bagi 1-star review. Bukan sebab makanan tak sedap, overcooked atau service teruk, tapi sebab peraturan cashless kami.
Kami guna kaedah cashless sepenuhnya untuk keselamatan dan nak kurangkan sebarang kesilapan (transaksi).
Menjengah ke ruangan komen, ada sesetengah pihak yang bersetuju bahawa setiap premis perniagaan sepatutnya masih menggunakan kaedah pembayaran secara tunai.
Ada juga yang mempersoalkan sama ada kafe berkenaan ada menerangkan tentang polisi transaksi tanpa tunai kepada pelanggan sebelum mereka membuat pesanan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.