Personaliti media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, tidak dapat menahan rasa sebak apabila anak sulungnya, Nabila Razman, bakal memulakan kerjaya sebagai pramugari bersama syarikat penerbangan antarabangsa, Singapore Airlines.
Meskipun berasa bangga dengan pencapaian anaknya, Kak KM mengakui sebagai seorang ibu, sukar untuk menahan emosi kerana ini kali pertama mereka akan berjauhan dalam tempoh yang panjang.
Nabila dapat Singapore Airlines, based dia di Singapura. Tak tahulah aku akan okey atau tidak. Sebelum ni dia dapat masuk UM, sekangkang kera dari rumah pun aku menangis dua minggu. Ini pula dia kena tinggal di luar negara.
Nabila yang kini berusia 22 tahun tidak pernah berjauhan dari keluarga kecuali ketika menyambung pelajaran dahulu.
Walaupun berat hati, Kak KM reda dengan keputusan itu demi masa depan anaknya dan menganggap peluang tersebut sebagai rezeki.
Untuk masa depan dia, kita relakan. Emak-emak kan, walaupun anak dah besar tetap rasa berat nak lepas. Dia apply dua syarikat – satu Singapore Airlines, satu lagi Qatar. Saya yang temankan dia pergi interview. Akhirnya rezeki dia di Singapura.
Saya dah cakap dengan dia, kalau nak jadi pramugari tak payah apply Malaysia Airlines walaupun tinggal di Malaysia. Kalau betul nak kerja, biar gaji lebih RM20,000, kalau tak lebih baik duduk rumah dengan saya. Lagipun saya bagi elaun dekat anak-anak.
Kak KM turut berkongsi bahawa Nabila dijangka memulakan tugas pada 22 Jun, dan kemungkinan besar tidak akan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Hilang jiwa tanpa anak-anak walaupun dia pergi cari rezeki. Ini dugaannya. Saya tak tahu kalau nanti anak saya kahwin, rasanya tetap kena duduk dengan saya juga,” katanya sambil berseloroh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.