Tindakan khianat seorang lelaki yang sengaja melanggar sebuah kenderaan lain sebanyak tiga kali di Jalan Tun Razak, Johor Bahru kelmarin akhirnya memakan diri apabila dia berjaya diberkas polis.
Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan bahawa insiden itu berlaku ketika lelaki berusia 63 tahun itu memperlahankan kenderaan jenis Perodua Axia yang dipandunya selepas terlepas simpang.
View on Threads
Suspek yang ketika itu memandu trak pikap Toyota Hilux berada di belakang Perodua Axia sebelum memotong kenderaan tersebut secara agresif. Tindakan itu mencetuskan pertengkaran mulut antara kedua-dua pemandu.
Suspek kemudian merempuh kereta mangsa dengan cara mengundurkan kenderaannya sebanyak tiga kali sebelum cuba melarikan diri.
Raub turut memaklumkan, akibat kejadian itu, pemandu Perodua Axia itu kerugian hampir RM15,300 ekoran kerosakan yang dialaminya.
Semakan mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.