Penyanyi tersohor, Datuk Aishah tampil memberi respons tegas selepas menerima komen negatif daripada seorang netizen mengenai usianya.
Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, Aishah dilihat menari diiringi lagu popular Call Me, yang pernah sinonim dengan era kegemilangannya bersama kumpulan Fan Club dahulu.
Namun begitu, segelintir netizen kelihatan kurang senang dengan aksi tersebut.
Seorang pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Aishah dengan mengaitkannya dengan faktor umur.
“Tu la usia dah tua tak sesuai la,” tulis netizen tersebut.
Enggan berdiam diri, Aishah membalas komen itu dengan menegaskan bahawa umur bukanlah penghalang untuk seseorang terus berkarya, mengekspresikan diri atau meneruskan kerjaya.
Mengata orang pada apa usia pun tak sesuai. Ini adalah kerja saya. Tak suka please scroll on. Let me do my job.
Tindakan balas Aishah itu mendapat sokongan daripada ramai pengikut yang menyifatkan beliau sebagai simbol kebebasan berkarya tanpa batasan umur.
“Pedulikan apa jua yang diperkatakan, yang penting kita tahu landasan. Well done, good job!” komen salah seorang pengguna yang menyokong tindakan penyanyi berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.