Pihak syarikat bas memilih untuk tidak mengulas berhubung video tular yang memaparkan kenderaan mereka dipandu laju sebelum terbalik, mengakibatkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban dalam tragedi di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, hari ini.
Pegawai Operasi Kenari Utara Travel And Tours (Kenari Utara), Mohd. Nazri Nawi memaklumkan bahawa beliau belum menerima kebenaran daripada pihak syarikat untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai insiden tersebut.
Saya minta maaf, syarikat tidak membenarkan sebarang komen dibuat berkaitan kejadian ini termasuk mengenai video tular.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial bernama Hanz Hanz memuat naik rakaman dashcam dari sebuah kereta yang merakam detik cemas sebelum bas berkenaan terbalik.
Rakaman berdurasi 39 saat itu menunjukkan bas dipandu dalam keadaan laju sebelum terbalik selepas memotong beberapa kenderaan lain.
Syarikat bas itu juga menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya mereka menggunakan khidmat pemandu lori sebagai pemandu gantian untuk membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pegawai Operasi syarikat tersebut, Mohd Nazri Nawi, melahirkan rasa kecewa terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh netizen.
Menurut beliau, syarikat itu sebenarnya menggunakan khidmat seorang pemandu berusia 52 tahun yang berpengalaman luas dalam memandu bas ekspres serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan berkaitan dadah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.