Kenderaan Singapura Wajib Ada Tag VEP-RFID, Tak Boleh Keluar Malaysia Jika Saman Tertunggak

Kehidupan

Kenderaan Singapura Wajib Ada Tag VEP-RFID, Tak Boleh Keluar Malaysia Jika Saman Tertunggak

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan bahawa sistem Vehicle Entry Permit (VEP) akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Julai 2025.

Menurut laporan MalayMail, penguatkuasaan ini melibatkan semua kenderaan dari Singapura yang memasuki Malaysia melalui Johor Bahru.

Advertisement
kenderaan singapura wajib ada VEP

gambar hiasan

Sebelum ini, sistem VEP hanya dikenakan secara berperingkat, dan pemilik yang belum mendaftar hanya diberikan notis peringatan.

Tapi mulai bulan depan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mula mengeluarkan saman kepada mana-mana pemilik kenderaan asing yang masih belum mendaftar atau mengaktifkan tag VEP mereka.

Buat masa ini, hanya motosikal dikecualikan daripada keperluan ini. Namun, kerajaan juga bercadang untuk mewajibkan VEP bagi motosikal pada masa akan datang.

Sehingga bulan Jun, sebanyak 194,507 tag VEP-RFID telah berjaya dipasang. Namun, masih ada lebih 36,000 kenderaan dari Singapura yang belum mematuhinya.

VEP

gambar hiasan

Anthony Loke menjelaskan bahawa kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan pemilik dikenakan kompaun RM300. Jika kes dibawa ke mahkamah dan disabitkan bersalah, denda boleh mencecah RM2,000. Malah, kenderaan yang melanggar peraturan ini tidak akan dibenarkan keluar dari Malaysia sehingga saman dibayar atau tag dipasang.

Bagi mengelakkan unsur rasuah, semua bayaran hanya diterima secara tanpa tunai iaitu sama ada di kaunter JPJ atau melalui platform dalam talian seperti MyEG.

Sekadar info, Vehicle Entry Permit (VEP) adalah satu bentuk pengesahan masuk bagi kenderaan berdaftar asing yang ingin memasuki Malaysia. Ia berfungsi seperti pasport atau kad pengenalan untuk setiap kenderaan luar negara.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

singapura negara ke-3 paling bahagia dalam dunia
2 weeks ago

Singapura 'Top 3' Bandar Paling Bahagia Di Dunia, Rakyat Tak Puas Hati - "Kami Tertekan! Malaysia Lebih Gembira"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : MalayMail

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...