Netizen Persoal Sistem Pendidikan Negara, Dr. Malar Tampil Bersuara – “Lepas 4 Tahun, TikToker Nak Dapat RM400 Pun Struggle..”

Kehidupan

Netizen Persoal Sistem Pendidikan Negara, Dr. Malar Tampil Bersuara – “Lepas 4 Tahun, TikToker Nak Dapat RM400 Pun Struggle..”

Pempengaruh terkenal, Dr. Malar Santhi membidas kenyataan seorang individu yang mempersoalkan adakah sistem pendidikan negara masih relevan kerana menurut individu itu, pempengaruh di TikTok dilihat mempunyai pendapatan yang lebih lumayan.

threads

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Threads, Dr. Malar menjelaskan bahawa kerjaya sebagai seorang pempengaruh tidak menjamin masa depan yang stabil seperti dalam sektor profesional.

Lepas  empat tahun, TikToker tu nak dapat RM400 pun struggle. Ditambah dengan jatuh sakit, tak ada MC berbayar, SOCSO, EPF. Sementara yang belajar tinggi selepas 4 tahun gaji boleh naik mengikut industri, kepakaran dan kerajinan.

Dalam pada itu, Dr. Malar turut mengingatkan masyarakat agar tidak menilai pendidikan semata-mata berdasarkan pulangan kewangan.

Pendidikan bukan untuk duit, ia adalah untuk menjadikan kita insan lebih baik, celik dan dapat banyak peluang. Tengoklah pemandu e-hailing sekarang, tidak sekencang dulu. Belajarlah dari situ adik-adik sekalian.

threads

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Dr. Malar dan menegaskan bahawa pendidikan merupakan satu perkara yang sangat penting.

threads threads

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

7 days ago

"Saya Datang Ke Sekolah Untuk Jumpa Saya Punya 'Girlfriend', Bukan Untuk Belajar" - Pelajar 'Cabar' Guru Buang Sekolah Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...