“Yang Penting Jangan Derhaka Resepi” – Khairul Aming Terhibur Ramai Kongsi Video Masakan Tak Menjadi

Kehidupan

“Yang Penting Jangan Derhaka Resepi” – Khairul Aming Terhibur Ramai Kongsi Video Masakan Tak Menjadi

Melalui platform TikTok, baru-baru ini, usahawan serta pempengaruh popular, Khairul Aming berasa terhibur apabila melihat karenah netizen yang berkongsikan video diri mereka mencuba resepi masakannya.

KA terhibur netizen kongsi resepi tak menjadi

Khairul Aming (KA) akui berasa gembira melihat kesungguhan orang ramai yang mahu mencuba untuk masuk ke dapur dan masak menggunakan resepi yang dikongsikan olehnya melalui video dimuat naik di platform media sosial.

Advertisement

Namun begitu, pempengaruh tersebut berkata tahun ini merupakan yang paling menghiburkan hatinya sepanjang lapan tahun membuat video resepi masakan.

Sebenarnya ramai buat menjadi kerana ribuan orang telah mencuba resipi yang dikongsikan cuma yang tidak jadi (video mereka yang gagal) itulah yang masuk dalam for you page (fyp) sebab banyak engagement.

resepi khairul aming tak menjadi

‘Tolong ikut dengan teliti resepi saya..’

Dalam pada itu, KA berharap netizen menyukai resepi Ramadannya untuk tahun ini dan meluahkan rasa bangga kerana ramai anak muda masuk ke dapur bagi mencuba resepinya.

resepi khairul aming tak menjadi

 

Mengulas mengenai resepi yang tidak jadi, influencer itu yakin pasti mereka yang mencuba tidak mengikut langkah yang sepatutnya, bahkan ada yang cuba mengubah mengikut kehendak sendiri.

Saya nak pesan tolong ikut dengan teliti resipi saya sebab penat R&D cuma ada yang derhaka resipi. Tolong, saya merayu jangan derhaka.

dr rafidah tegur ka
2 weeks ago

Khairul Aming Kongsi Menu Minuman Manis Untuk Berbuka, Dr Rafidah Bersuara - "Saya Berbuka Air Kosong, Hilang Juga Haus"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...