March 7th, 2016

Sudah berusaha keras dalam pelajaran dan akhirnya mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM 2015, Ajai akan menghadiahkan anaknya sebuah kereta sebagai ganjaran.

Jika selebriti lain akan memberikan kereta mewah buat anak mereka, lain pula bagi Ajai. Buat Ajai beliau akan membeli sebuah kenderaan yang sederhana sesuai dengan anak perempuannya itu kerana tidak mahu terlalu memanjakan Ayu.

Sebagai ganjaran, saya memberi kebenaran kepada Ayu untuk mengambil lesen dan membeli sebuah kereta untuknya. Ia adalah permintaan Ayu dan ‘lampu hijau’ diberi sebagai hadiah usaha kerasnya.

Namun, saya tidak akan terlalu memanjakan Ayu dengan membelikan kereta mewah. Saya memilih untuk menerapkan nilai bersederhana dan tidak memanjakan Ayu. Cukuplah memudahkan dia untuk bergerak ke sana-sini.

Komposer terkenal itu akui, Ayu sejak dulu lagi mempunyai potensi dalam pelajaran dan merupakan seorang pelajar cemerlang.  Malah, Ajai tidak pernah terlalu mengongkong anaknya dan membiarkan Ayu mencari waktu yang sesuai dengan dirinya untuk mengulangkaji pelajaran.

Meskipun Ajai orang yang agak berada, tetapi ia satu langkah yang bagus untuk tidak terlalu memanjakan anak dengan kemewahan.  Biarlah mereka tahu apa erti susah dan senang sendiri, ia satu pengalaman berguna untuk terus menghadapi segala cabaran dalam hidup.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...