March 3rd, 2013

Malam semalam, buat pertama kalinya satu majlis anugerah untuk menghargai wanita telah dilaksanakan di Malaysia. Dengan tema ‘She Sparkles’, anugerah ini mengiktiraf personaliti wanita dalam pelbagai bidang iaitu seni persembahan, perniagaan, sukan, serta kesihatan dan kecantikan. Untuk makluman anda, Dato’ Siti Nurhaliza telah memenangi anugerah ‘Bella On-Stage’ iaitu anugerah untuk seni persembahan.

Majlis anugerah Bella ini diinspirasikan dari satu rancangan talk-show wanita yang terkenal di NTV7 iaitu Bella. Ianya turut disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen itu malam semalam.




Anugerah-anugerah utama iaitu Bella Heart Award dan Bella Award pula dimenangi oleh filantropis Datuk Ruby Khong. Senarai pemenang bagi setiap kategori:

Bella Creative: Low Ngai Yuen

Bella Style: Gillian Hung

Bella Beautiful: Dr. Premitha Damodaran

Bella Business: Datuk Rosaline Ganendra

Bella Heart: Datuk Ruby Khong

Bella Mars: Datuk Jimmy Choo

Bella On-Screen: Debbie Goh

Bella On-Stage: Datuk Siti Nurhaliza

Bella Sports: Cheong Jun Hoong

Bella Radio: Fara Fauzana

Lagi 97 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Bella Awards Twitterazi.



































































































Comments are closed.

Loading...