Bermacam-macam ragam dan cerita timbul dari ABPBH kali ini, dari positif sehinggalah kontroversi. Ada yang mengekalkan kemenangan dan ada juga trofi yang telah bertukar tangan. Apa pun, kepada yang tidak mengungguli kategori di mana anda dicalonkan, tahun hadapan masih ada. Perjalanan masih panjang dan jika ada umur, berjaya pula memenangi hati peminat, pasti akan tiba jua giliran anda untuk naik ke pentas bagi menerima trofi ABPBH.
Lagi 95 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook ABPBH, sila like beramai-ramai.
***
Konsert Koir Kebangsaan “Cintakan Kedamaian” bakal berlangsung di Kompleks JKKN Sabah, KM 4 (bersebelahan Perpustakaan Negeri) Jalan Penampang, Kota Kinabalu, Sabah pada 14 April ini (Sabtu). Terdapat dua sesi persembahan iaitu sesi 2.30 petang dan 7.30 petang.
Sebarang maklumat berkaitan konsert boleh menghubungi Urus Setia di 088-237051/52 atau email [email protected].. Bah apa lagi… jom kita!