900 Kanak-Kanak Dijangkiti HIV, Doktor Gunakan Semula Picagari Dari Tong Sampah

Kehidupan

900 Kanak-Kanak Dijangkiti HIV, Doktor Gunakan Semula Picagari Dari Tong Sampah

Hampir beribu nyawa kanak-kanak di Pakistan berada dalam keadaan bahaya akibat tindakan kurang bijak dari pakar pediatrik ini. Hampir 900 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti HIV selepas mendapatkan rawatan beliau.

Dr Muzaffar Ghanghro menggunakan jarum picagari yang telah digunakan dan dibuang ke dalam tong sampah kepada semua pesakit yang dirawatnya! 

Doktor ini hanya mengenakan kos rawatan serendah 30 rupees (80 sen) untuk setiap rawatan. Mungkin juga sebabkan menggunakan jarum picagari lama, harga kos rawatan menjadi murah. Tapi memang tak patut!

Advertisement

Kejadian ini juga disahkan oleh ibu bapa kepada salah seorang kanak-kanak yang dirawatnya. Dia melihat sendiri doktor itu menggeledah tong sampah untuk mengambil semula jarum picagari yang telah digunakan.

rawatan doktor

“Ketika dihalang, doktor memberitahu dia tak mampu untuk membeli jarum picagari yang baru.”

Disebabkan itu, anaknya kemudian disahkan positif HIV. Keadaan kehidupan yang daif di sana juga antara faktor kenapa ramai yang memilih untuk mendapatkan rawatan dengan doktor ini. Tetapi sebenarnya mereka tak tahu apa yang dilakukan oleh doktor ini.

Bapa kepada tiga anak yang turut dijangkiti menuduh doktor itu menggunakan jarum yang sama untuk beri drip kepada 50 kanak-kanak.

rawatan dokot
Doktor itu ditahan atas kesalahan cuai dalam melakukan tugas selepas para ibu bapa berkumpul dan membuat laporan. Tuduhan itu termasuk tindakan doktor yang sering menggunakan jarum yang sama untuk anak-anak mereka.

Dilaporkan seramai 200 orang dewasa turut dijangkiti HIV selepas virus itu merebak sejak bulan April yang lalu.

rawatan doktor
Pegawai kesihatan memaklumkan ini hanya kes yang dilaporkan sahaja kerana 200,000 orang belum membuat pemeriksaan. Maksudnya, jumlah itu mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Sumber: Dailymail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...