Hampir beribu nyawa kanak-kanak di Pakistan berada dalam keadaan bahaya akibat tindakan kurang bijak dari pakar pediatrik ini. Hampir 900 kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dijangkiti HIV selepas mendapatkan rawatan beliau.
Dr Muzaffar Ghanghro menggunakan jarum picagari yang telah digunakan dan dibuang ke dalam tong sampah kepada semua pesakit yang dirawatnya!
Doktor ini hanya mengenakan kos rawatan serendah 30 rupees (80 sen) untuk setiap rawatan. Mungkin juga sebabkan menggunakan jarum picagari lama, harga kos rawatan menjadi murah. Tapi memang tak patut!
Kejadian ini juga disahkan oleh ibu bapa kepada salah seorang kanak-kanak yang dirawatnya. Dia melihat sendiri doktor itu menggeledah tong sampah untuk mengambil semula jarum picagari yang telah digunakan.
“Ketika dihalang, doktor memberitahu dia tak mampu untuk membeli jarum picagari yang baru.”
Disebabkan itu, anaknya kemudian disahkan positif HIV. Keadaan kehidupan yang daif di sana juga antara faktor kenapa ramai yang memilih untuk mendapatkan rawatan dengan doktor ini. Tetapi sebenarnya mereka tak tahu apa yang dilakukan oleh doktor ini.
Bapa kepada tiga anak yang turut dijangkiti menuduh doktor itu menggunakan jarum yang sama untuk beri drip kepada 50 kanak-kanak.
Dilaporkan seramai 200 orang dewasa turut dijangkiti HIV selepas virus itu merebak sejak bulan April yang lalu.
Sumber: Dailymail