‘90 Peratus Syarikat Yang Minta Buka Tudung Adalah Produksi Muslim’ – Mia Sara

Hiburan

‘90 Peratus Syarikat Yang Minta Buka Tudung Adalah Produksi Muslim’ – Mia Sara

Siapa jer tak kenal dengan pelakon cilik yang pernah popular suatu ketika dulu, Mia Sara Nasuha ni kan? Adik Mia ni sudah hampir lima tahun berhijab tapi apa yang menyedihkan, terdapat beberapa syarikat produksi memintanya untuk membuka tudung.

Menerusi program TV Al-Hijrah, Mia Ahmad mendedahkan yang perkara ini sudah beberapa kali berlaku dan hampir 90 peratus yang membuat tawaran agar Mia membuka tudung tu, semuanya daripada syarikat produksi Muslim.

Advertisement

Sejujurnya, selama dekat lima tahun saya bertudung, 90 peratus orang yang suruh saya buka tudung adalah Muslim.

Masa itu saya tersinggung. Awak (produksi) Muslim dan awak tahu bukan tidak tahu. Tapi tetap suruh macam itu juga. Bagi saya ia sangat tidak menghormati.

Mia dikatakan sudah lama memendam hal ini dan terpaksa bersuara demi pertahankan diri. Mungkin ramai lagi artis yang senasib macam ni, cuma tak buka mulut jer.

Saya rasa saya perlu pertahankan diri saya dan orang Islam yang lain. Sebab itu saya buat keputusan untuk bercakap tentang perkara ini. Saya tahu ramai lagi artis lain yang kena tetapi masih tidak bersuara tentang benda ini

Hamboi, ingat dengan duit boleh buat apa saja yang dia nak. Hormatlah sikit walaupun adik Mia ni masih kecil lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Al-Hijrah

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...