Perkongsian seorang guru lelaki di Twitter mengundang perhatian ramai pengguna laman media sosial itu selepas dia menunjukkan keputusan kertas peperiksaan pelajarnya.
90% dapat markah 0 ‘exam’ Sejarah
Menerusi hantaran tersebut, guru itu mendedahkan hampir semua pelajar di dalam kelas berkenaan mendapat markah kosong dalam peperiksaan Sejarah Tingkatan 2 sesi 2023/2024.
Ujarnya, kelas itu mempunyai 32 pelajar dan 90 peratus daripada mereka menghantar kertas soalan terbabit kosong tanpa menjawab apa pun.
Difahamkan, kertas itu merupakan soalan mata pelajaran Sejarah bahagian B di mana pelajar perlu menjawab soalan struktur dan juga esei.
Kesian tengok budak zaman sekarang
Hantaran itu meraih perhatian warganet di Twitter yang terkejut dan speechless dengan keputusan diraih oleh pelajar kelas berkenaan.
Ada yang berkata dia kasihan dengan pelajar zaman sekarang kerana terlalu terikut-ikut keinginan mahu menjadi pempengaruh sehinggakan mereka datang ke sekolah hanya untuk kehadiran semata-mata.
Kembalikan peperiksaan penting!
Sementara itu, ada yang berkata pelajar zaman sekarang mungkin terpengaruh dengan kata-kata artis atau pempengaruh yang meluahkan pendapat mereka bahawa sekolah dan pelajaran tidak penting.
Malah, ada yang menggesa agar pihak kementerian mengembalikan peperiksaan penting seperti PMR dengan harapan ia dapat membantu melahirkan pelajar yang lebih cemerlang dan berkualiti.