“80% Pelanggan Adalah Orang Islam” – Bomoh Siam Semakin Terbuka Iklankan Servis Syirik, Minyak Pengasih Di TikTok

Viral

“80% Pelanggan Adalah Orang Islam” – Bomoh Siam Semakin Terbuka Iklankan Servis Syirik, Minyak Pengasih Di TikTok

Tindakan segelintir individu yang secara terbuka mendapatkan khidmat bomoh, dukun dan tukang ramal mencetuskan kebimbangan ramai, susulan penularan pelbagai video di TikTok yang memaparkan amalan tersebut tanpa rasa bersalah.

Menerusi perkongsian di Threads oleh akaun @shareilmutogether, orang ramai diingatkan bahawa perbuatan pergi ke bomoh, walaupun sekadar mencuba atau bertanya, membawa implikasi besar dari sudut akidah dan hukum Islam.

Advertisement

INGAT Ya! Ini bukan perkara main-main. Sesiapa yang melangkah masuk ke tempat bomoh / dukun / tukang ramal, walaupun hanya sekadar cuba-cuba dan hanya sekadar bertanya… solatnya TIDAK akan diterima oleh Allah سبحانه وتعالى selama 40 hari.

Perkongsian itu dibuat susulan kebanjiran kandungan di TikTok yang memaparkan bomoh Siam dan bomoh Melayu Islam menawarkan pelbagai khidmat seperti ‘ubat pelik’, ‘minyak pengasih’ dan rawatan mistik secara terang-terangan.

Menurut penjelasan agama, mempercayai atau bergantung kepada amalan bomoh termasuk dalam perbuatan syirik, iaitu dosa besar yang boleh menjejaskan akidah seseorang Muslim. Lebih membimbangkan, sebahagian individu dilihat mempromosikan perkhidmatan tersebut seolah-olah ia perkara biasa dan dibenarkan.

bomoh siam hitam tiktok

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kecewa, selain mengecam tindakan mereka yang masih mencari jalan pintas melalui bomoh walaupun sudah jelas larangan dalam Islam. Ada juga yang menyeru agar kandungan sebegitu dilaporkan dan tidak dinormalisasikan di media sosial.

Isu ini sekali gus mencetuskan perbincangan lebih luas tentang tanggungjawab pengguna media sosial dalam menyebarkan kandungan, serta keperluan mendidik masyarakat agar tidak terjerumus dalam amalan yang boleh membawa kepada syirik dan merosakkan keimanan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kak km liana rosli
2026-01-02 12:46:11

"Saya Akui Memang Mulut Jahat Sangat" - Liana Rosli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...